KHEMAH IBADAH TAHUN ENAM 2019
KHEMAH IBADAH TAHUN ENAM 2019

25 & 26 Januari 2019 (JUMAAT & SABTU)
Satu program tahunan kelolaan Panitia Agama Islam yang dinamakan Khemah Ibadah bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan. Program bermula dengan pendafaran pada jam 530 petang Jumaat dan berakhir pada jam 1230 tengah hari Sabtu. Aktiviti utama ialah Mandi Hadas Besar yang diberikan secara teori dan praktikal. Program diselitkan juga dengan muhasabah diri, seminar keibubapaan, kuliah subuh dan pengurusan diri. Dengan penyertaan melebihi 200 orang murid, program kali ini berjaya mendapat kerjasama daripada ibu bapa yang hadir menyertai seminar keibubapaan yang telah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham. 


Published : 27-Jan-2019

Switch To Desktop Version